Isnin, 19 September 2011

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam....

Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu..

Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!!

kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe...bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah :
  1. 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan
  2. 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga)
  3. buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis
  4. 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis
  5. 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis
  6. 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka
  7. rempah ratus untuk menumis- kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih etc
  8. 1 sudu rempah kurma
  9. 1 cube ayam 
  10. setengah cawan susu cair
  11. 4-5 cawan air untuk masak nasi
Cara-caranya:
  1. Gaulkan carrot yang telah diparut dengan beras yang dah bersih tu.ketepikan.
  2. Panaskan periuk dan masukkan buttercup sehingga cair. Masukkan kayu manis, bunga lawang etc smpi naik bau wangi dan baru masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.. Tumis hingga agak garing.
  3. Masukkan rempah kurma dan gaul sebati dengan bawang tadi. Masukkan beras dan boleh masukkan air dan susu cair tadi.. Masukkan juga cube ayam dan kacau hingga sebati. Boleh juga tambah sedikit garam untuk tambah rasa nasi tersebut. 
  4. Jika xberapa mahir nak masak nasi atas dapur gas, boleh pindahkan nasi tadi kedalam rice cooker dan masak nasi mcm biasa.. Siap!!!
Seterusnya kita masak ayam masak merah plak yer.. Bahan-bahan dia simple jer:
  1. ayam yang siap di goreng - jgn terlalu garing, keras
  2. bawang merah, bawang putih, halia - dihiris/ ditumbuk - kuantiti ikut byk mana ayam yang digoreng
  3. cili giling 
  4. sos tomato
  5. sos cili
  6. tomato - dipotong 4@6
  7. bawang besar - di hiris
  8. cili merah - di hiris panjang2
  9. sedikit garam dan gula
 Caranya:
  1. Tumiskan cili giling hingga garing utk kurgkan rasa pedas dan baru masukkan bawang merah, bwg putih dan halia. tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili dan sos tomato (lebihkan sos tomato dr sos cili). Kacau hingga garing
  3.  Masukkan air masak - sukatan ikut suka nak cair/pekat. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Garam xperlu byk sbb ayam goreng tdi da di letak garam untk menggoreng kan.. Masukkan ayam goreng tadi kedalam kuali dan gaul sebati.
  4. Bila dah mendidih boleh hiaskan dengan tomato, bawang besar dan cili merah.. Gaul hingga sebati dan bila bawang besar dah agak-agak masak boleh la diangkat dan dihidangkan.. Siap!!
P/s: sori la xde gambar,lupe nak snap smlm..xbest [plak resepi tanpa gambar yer..insyaAllah next time buat mama tepek gambar nasi tu kat sini yer.. ;)

macam ni la rupenye nasi karot tu...ni nasi karot yg i beli, yg buat asik lupa nak snap jek..uhuh

    Tiada ulasan: