Rabu, 13 April 2016

Mak anak Empat

Alahai dah empat orang anak macam xpercaya pulak..

Sekali sekala rasa nak puji diri sendiri tak salah kan..walaupun tidak la berapa rajin sangat..bukan hari2 pun tapi entry ni harapnya dapat menaikkan semangat dan motivasi mak anak empat ni untuk rajin masak hari-hari.. :)

Semalam dan harini, setelah hampir 3 minggu mula masuk pejabat selepas bersalin, macam terajin pula bangun awal masak nasi untuk bekal tengahari. semalam sempat masak gulai ayam, harini pula buat mee goreng.. Abah macam biasa buatkan breakfast untuk kami mama dan anak2 roti sandwish atau roti kaya.. Tq syg.. 

Sebab abah rajin la mama terpaksa rajin juga, tercabar tauuu...berebut-rebut nak masak pagi2.hehe..walaupun anak berderet, sempat mandikan anak2 (aisha pun hari2 mandi pagi sekali dgn kakak2 start mama masuk kje ni), siapkan bag anak, gosok baju sekolah, baju kerja, tudung, pakaikan baju anak2, pam susu untuk bekal baby, masak breakfast, bawa bekal lagi utk makan tengahari kami anak beranak... Bila terkenang balik time xde anak dulu dan time anak sorang, selalu rasa mcm xcukup masa, sebab bangun pun selalu lewat dkt kul 7 kadang terbabas.. kelam kabut hari2.. Alhamdulillah sekarang dah byk berubah, hari2 dah terbiasa bangun pukul 5- 5.30 pagi.. Walaupun tido kadang pukul 11-12 malam, bangun lagi pukul [email protected] pagi untuk menyusu dan tukar lampin baby, Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya...

Alhamdulillah TQ Allah..

Warna-warni keluarga kecil kami..
<3 p="">
Abah is only hero in our family.. We love u abah..
mama, kakak dan baby.. 1st day outing lepas habis pantang.. Time ni mama ngan baby pusing2 dlm Setia City Mall sendiri, kakak, aimi dengan aisha ikut abah tgk movie Boboboy. 
Older and younger... Kakak cakap nak 10 orang adik.. aduhai kakak, mama dah 2 kali kena belah ni xmampu nak beranak byk dah kakak syg.. pengsan mama...sobsobsob
Kakak yang kecik ni pun rajin naj jaga baby..sayang sgt adik baby dia..







Jumaat, 22 Januari 2016

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita.

Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospital isnin baru-baru ni 18 Jan, appointment dekat PPUM tu, doc yang check mama bagitau kepala kat tepi pulak, melintang, Doc siap suruh buat detail scan dengan sonographer kat Tingkat 1, mmg confirm kepala kat tepi atas belah kanan. Masa tu genap usia kandungan mama 37 minggu. Terus kena tahan masuk wad. Aduhai, sebelum doc panggil bukan main lagi mama duk plan dengan abah, siap nak ajak g IKEA lagi nak cari baby cot. Anak no 4 baru nak cari, sblm2 ni rasa mcm xguna sgt, sekarang anak dah ramai, duk risau kakak2 dia ngenak (kacau), dah kira keperluan pulak kan?..

Happy lagi sebab xtau kena warded, tunggu turn doc panggil.

Aisha tolong rasmi katil mama kat wad. No katil pun sama masa mama pregnant Aisha dulu, no 47 jgk.  Suratan atau kebetulan ? :)

Rasanya xde keperluan pun nak letak jarum ni kat sini, kalau sekadar nak ambik darah 2 bekas, elok xyah letak, susah nak ambil air sembahyang, nak bergerak.. Jarum kat dalam tu panjang tau, dekat sejengkal menyulur dalam urat.. 

Be good sister k syg...jangan kasar-kasar dengan adik baby nanti tau.. main elok2 sama-sama adik beradik.. korang memang suka kan ramai kawan...:)
Tunggu punya tunggu dekat pukul 3 petang baru nurse panggil naik ke wad. Nasib baik tergerak hati mama nak bawa bag baju dengan bag baby siap2 masa abah dah dalam kereta. Kena bermalam dalam hospital lagi. Lepas dah hantar bag dan solat, mama suruh abah balik terus sebelum orang start balik dari pejabat pukul 5 nanti teruk jem nya.
Mama suka sgt feature wall color purple dengan grafik rama-rama dlm wad ni..cantik kan?
Esoknya, doc datang melawat dan check position baby lg. dah berpusing mcm2 posisi dah.. skejap kiri skejap kanan, dan kepala masih belum kebawah lg. Mama terpaksa setuju untuk di belah lagi bila doktor bagitau risiko2 kalau baby terus melintang mcm ni sebab dah cukup bulan, 37 minggu. Lepas setuju doc bgtau akan cari tarikh untuk masuk bilik OT dan bagitau mama kemudian.

Tengahari tu doc datang lagi dan bagitau mama tarikh utk mama dibelah, 27 Jan nanti, tapi 26 mama dah kena masuk wad. Biasa kena puasa dulu sebelum masuk bilik OT beberapa jam. Oleh sebab tarikh tu seminggu lagi, mama mintak dengan doc untuk balik ke rumah dulu. Lama sangat seminggu dalam wad tanpa rasa sakit, dan of cos asyik teringat anak-anak mama yang lain dan kerja2 rumah yang tak habis-habis.. Kesian kat abah uruskan tiga orang princess tu kat rumah.. Alhamdulillah doc lepaskan mama untuk balik rumah, lepas bagi pesanan dan bagitau risiko kalau sakit/ atau turun tanda-tanda kat rumah. Alhamdulillah terus mama call bgtau abah suruh datang ambil petang tu juga.

Lebih kurang pukul 5 lebih abah sampai dengan anak-anak bertiga tu.. Riuh rendah bising wad bila dorg smpi.. macam-macam mama kena soal.. kakak dah tanya mana baby, ingatkan baby dan keluar.. aisha xbrenti2 panggil "mama-mama".. Alhamdulillah hidup mama kembali huru hara bila tgk mereka bertiga... hahahhaha..duk dalam wad sorg2 rasa boring lah sgt.. :)

Mama mohon doa dari kawan-kawan kalau ada yang membaca coretan mama ni untuk doakan semoga baby kembali berpusing elok2 kepala kat bawah. saat mama menaip ni pun, check up semalam misi bagitau kepala dah elok terletak kat bawah. Harap-harap kekal lah kat bawah tu smpi hari mama kena masuk wad lagi minggu depan. Mohon kalini mama terlepas juga dari dibelah, dapat bersalin normal macam Aisha dulu juga, mama selalu bagi tau doc yang datang tu saya nak anak ramai, kalau boleh memang nak elak dari kena ceasar.. Moga dipermudahkan urusan mama dan ibu-ibu mengandung yang lain juga. Insya Allah. Next entry mama akan share teknik2 dan doa yang mama amalkan untuk kembalikan bayi yang songsang dan melintang ke kedudukan asal. 

Assalamualaikum..

Rabu, 13 Januari 2016

Teknik Kurangkan Sakit Bersalin


Proses melahirkan bermula dengan kontraksi. Kontraksi yang berlaku menyebabkan anda berasa tidak selesa. Bagi mengurangkan ketidakselesaan, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan tanpa bantuan ubat.
.
Berkedudukan tegak
Semasa kontraksi awal, sokong diri pada permukaan yang berhampiran. Contohnya dinding, kerusi atau katil hospital. Berlutut jika perlu.
.
Duduk ke hadapan
Duduk ke hadapan belakang kerusi dan bersandar di atas dengan menggunakan kusyen atau bantal. Rehatkan kepala pada lengan yang disilangkan.
.
Melutut ke hadapan
Melutut dalam keadaan kaki anda terpisah dan rehat ke hadapan di atas himpunan bantal. Cuba berasa dalam keadaan selesa mungkin.
.
Posisi merangkak
Melutut dalam keadaan tangan dan lutut di lantai. Condongkan pelvik anda ke hadapan dan ke belakang. Namun jangan lengkungkan badan.
.
Meniup
Jangan meneran jika jururawat mendapati rahim anda belum terbuka sepenuhnya. Sebut 'huf..huf.. seperti meniup untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi. Berlutut dan bersandar ke hadapan, rehatkan kepala atas tangan dan arahkan punggung ke atas.
-

Semoga bermanfaat .. ' Jom Hamil [ Like page ]

Isnin, 11 Januari 2016

Minggu pertama persekolahan

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah seminggu sesi sekolah tadika anak-anak dah berlalu. Masam manis pengalaman pertama hantar anak ke-dua kami, Aimi ke tadika yang agak mencabar berjaya dilalui. Melayan kerenah berlainan hari-hari, hari pertama, di rumah ok, kat sekolah tak ok. Hari kedua dari rumah lagi tak ok, meragam pagi2 dah tak nak pergi sekolah baru, nak balik duk taska lama dengan pengasuh lama, Hari ke-dua paling susah, dah smpi sekolah alhamdulillah ok, masih masuk tumpang kelas kakak. Berselang seli, hari ke-3, ok mama pujuk pakaikan lipstik color pink dan puji banyak2 cakap cantik-cantik, pkai lipstik pkai tudung, alhamdulillah settle..dan sampailah ke hari Jumaat, Alhamdulillah cukup seminggu yang menguji kesabaran kami sebagai ibu dan bapa. Tips berguna yang mama dapat untuk minggu pertama, untuk elakkan aimi meragam pagi-pagi, sebelum kejut, mama kena siapkan susu dan time nak bangunkan dia, mama bagi siap2 dia minum susu dulu, Alhamdulillah lepas minum susu, Aimi sedikit tenang dan senang diuruskan untuk ke sekolah.

Minggu ni hari isnin pertama, Alhamdulillah, mama lebih teratur dan terurus walau agak lewat juga turun rumah pagi tdi (mcm biasa), namun sempat juga smpi ke offfice (preggy mom ni pecut tak hingat smpi 130km/h) nak kejar nak mngelak punch kad merah..

Rutin pagi tadi, untuk rujukan ibu-ibu muda macam mama boleh kita kongsi-kongsi:

Bangun paling lewat pukul 5.30, kalau bangun awal pukul 5, sempat la mama buat heavy breakfast, nasi/mee/kuew tiew goreng. tadi dah sedar jam bunyi pukul 5, tapi sebab tak larat, smlm xlena tidur cuaca panas sgt, dan aisha pun meragam bangun tgh2 malam, mama rehat lagi sampai jam 5.30. Bangun2 terus panaskan air, keluarkan sosej, kemas2 dapur (semalam xhabis cuci pinggan mangkuk sebab buat kek coklat). Sambil-sambil panggang sosej dan buat telur dadar (fav kakak makan dengan roti) mama sediakan susu aimi dan siapkan bekal susu Aisha. Dah siap sediakan breakfast dan air teh 'o' panas, mama siapkan bag baju Aisha, kejutkan kakak dan mandikan Aimi. Dah siap mandi, pakaikan baju sekolah, mama serahkan kat Abah pula anak-anak sementara mama solat dan siapkan diri sendiri. Abah dah siap awal-awal lagi, dah tolong jemur kain baju anak-anak, dan temankan makan sarapan pagi dengan anak-anak (mama biasa tapau dan makan dlm kereta sambil drive sebab lambat siap hehe).

Lebih kurang 7.20- 7.25 mama bergerak dari rumah untuk hantar Aisha ke taska dlm 20 minit, dan terus ke pejabat mama juga lebih kurang 20 minit. Plan awal dulu, mama hantarkan kakak dan aimi sekali, sebab abah susah nak bawa mereka berdua naik motor dengan bag troli sorg2 yang besar tu. Oleh sebab mama selalu siap lambat, dan Aisha yang dah pandai bangun awal sejak dua menjak ni, dan bila smpi sekolah kakak, dia pun mengamuk nak duk sekolah tu juga, terpaksa la abah hantar juga.

Alhamdulillah walaupun nampak kelam kabut, dan masih dalam proses belajar menguruskan rumahtangga dan anak-anak, hati kami terubat dengan keletah dan kerenah mereka bertiga.. Tiada daya upaya kami melainkan dengan izin Allah s.w.t yang melimpahkan rahmat dan rezeki buat kami sekeluarga.. Cabaran membesarkan tiga orang anak perempuan dan akan datang bertambah lagi seorang. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan melimpahkan rezeki buat kami sekeluarga dan semua rakan-rakan pembaca.

*sebenarnya kami yang banyak belajar erti hidup, sabar, redha dan bahagia dari anak-anak syurga ini. Sebelum mendidik mereka, kami yang terlebih dahulu perlu mendidik iman kami, lebih-lebih lagi belajar menjadi seorang yang sabar, berakhlak mulia dan taat perintah Allah. Bagaimana nak mendidik anak jika kami sendiri masih lalai, masih alpa untuk menjadi contoh terbaik buat anak-anak. Jom muhasabah diri bersama. Nak anak baik, taat perintah agama, berakhlak mulia, kita yang harus mulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu. Jangan suruh anak buat baik, tapi kitalah yang harus mulakan berbuat baik. Rajin ringankan mulut untuk ucapkan terima kasih dan mohon maaf pada anak bila kita berbuat silap, dan anak berbuat baik.



Isnin, 4 Januari 2016

Aimi 1st Day !

4 Januari 2016, hari pertama Kak Ngah aimi masuk tadika. Sekolah sama dengan kakak. Aimi dah 4 tahun, kakak kelas 6 tahun. Alhamdulillah walau tidur lewat juga smlm dekat pukul 11 lebih, senang uruskan mereka berdua pagi tadi. Semoga esok- esok pun mudah macam hari ni juga..

Mama dengan abah masuk ofis lambat sikit, kami hantar sama-sama tapi naik kenderaan asing-asing, mama bawa kereta dan angkut beg budak berdua tu skali dengan adik Aisha, kakak dengan aimi nak naik motor dengan abahnya. Sampai di tadika, aimi masih excited, suara dia macam pakai microfon, nyaring betul.. Dah masuk dalam sekolah, mama hantar kakak dulu masuk kelas, dia, 6 (1), check nama Aimi dapat Kelas 4 tahun (2).

 Kelas aimi jauh skit dari kelas kakak, dah sampai depan pintu kelas, aimi mula berdrama, muka dan macam cuka, nasib baik tak meraung, mama ajak masuk kelas, dia patah pusing balik ke belakang. Ok, sebelum episod drama bermula, mama pujuk2 pusing bawa beli makanan dulu kat anjung sekolah tu. Dah pujuk, bawa masuk sekali lagi kat depan pintu kelas dia pusing, berjalan patah balik... Aduhai anak habis idea dah mama tak tau nak pujuk macam mana, time pujuk slow talk cakap elok-elok dengan dia, ada cikgu bagi idea suruh hantar dia masuk kelas kakak aina, tumpang sekejap bagi dia selesa dengan sekolah baru dulu. Alhamdulillah, nasib baik ada cikgu yang sporting tu dengan idea yang bernas, mama pimpin tangan aimi dan bawa ke kelas kakak aina, elok plak dia, laju terus masuk kelas kakak. Alhamdulillah, selesai urusan hari ni. Mula-mula plan nak tunggu tengok juga dia kat sekolah, tapi bila dah start macam tu, rasanya lebih elok kami keluar awal, elakkan dari dia nampak dan start berdrama balik kan.. 

Dah lama mama duk risau, teringatkan episod awal tahun lepas time tukarkan aimi ke taska baru dekat dengan rumah, sebulan dia meraung, menjerit hari-hari bila nak angkat masukkan dia dalam taska.. Beza sungguh kakak dengan aimi. Next aisha tak tau la macam mana nanti.. Lepas pantang plan nak tukar taska dekat dengan pejabat pula, mintak-mintak dipermudahkan.. amiinn...








Rabu, 30 Disember 2015

Pantai Sri Tujuh

Cuti panjang sempena krismas dan Maulidur Rasul, kami sekeluarga balik kampung untuk ambil kakak. Ikutkan mama xlarat, dah 34 minggu, lagi 2 minggu dah cukup 9 bulan, dengan bag baby dan bag mama sdiri pun xsiap packing lg.. Baju-baju baby pun mama baru siap cuci, tak sempat lagi nak lipat, susun2 kemas dlm bakul.. Aduhai mak anak 3 ni memang besar tanggungjawab dan tugas nya.. Harini memang kena pulun juga kemas siapkan bag baby dgn mama stanby letak dlm kereta.. Esok confirm nurse tanya lagi dah siapkan belum persiapan nak bersalin?..kalau x jenuh kena tadah telinga dgr lecture dari nurse yg sangat caring dan prihatin tu..hehehe

Ok kita sambung balik topik utama tadi, time balik haritu tak banyak sangat tempat kami pergi, khamis dengan jumaat duk lepak kat rumah je sebab mama sakit badan, lenguh duk dlm kereta, silap mama duk belakang, xleh adjust kerusi untuk bersandar, baby pun stress xbebas nak bergerak dlm perut ni kan.. sampai2 rumah perut duk mengeras je, penat, sakit urat macam-macam..biasala dah dekat-dekat due, duk melayan yang tiga orang tu lagi.. telan je la lagi pun dah xlama, tambah tolak sebulan je baby ni duk elok dalam perut mama ni.... nanti dah keluar mama rindu nak rasa baby dlm perut lagi...aduhai..kihkihkih... 

Sabtu pagi kami keluar ke Kota Bharu, niat awal nak ke Shaklee, tapi tutup sampai isnin baru buka. Tak de plan dah nak g mana sebab awal pagi lagi dlm pukul 10, kedai pun baru nak buka, abah bawa kami ke KOPITIAM KITA yang famous tu, dah smpi, dah masuk dlm kedai, giler penuh orang, kerusi meja pun xde kosong, orang berduyun-duyun lagi datang, mama dah masuk cari meja, abah dah ready kat luar nak ajak balik, last-last mama pun ikut abah. Kami pergi port makan yang kami selalu pergi, gerai nasi air bawah pokok ketapang Berek 12.

Tempat favourite kami, nasi air special dengan air nyior.. :)
Petang tu, balik dari KB, kami shopping di Pengkalan Kubur pula, dan balik dari Pgkln, Kubur, abah bawa kami ambil angin di Pantai Sri Tujuh. Time sampai tu, aisha dengan Aimi tido, mama tunggu la dua beradik tu dalam kereta, abah dengan kakak je keluar dan sempat main layang-layang lagi.. Dekat setengah jam jgk mama perhati dari dlm kereta, baru dorang bangun dan kami keluar layan angin pantai ramai-ramai :)


Cantik sangat pemandangan dan cuaca petang tu.. 












Kids 1st movie - The Good Dinosaur


13 December 2015, Sunday. 
The Good Dinosaur. 
Golden Screen Cinema, Setia City Mall

Last 2 weeks, mama dgn abah bawa anak-anak (aimi dengan aisha je, kakak duk kg lg) enjoy their 1st movie at Cinema. Kebetulan abah dapat free 2 keping tiket (members birthday - register online Golden Screen Cinemas) dan cuti panjang sempena birthday Sultan Selangor dan Selangor menang bola lagi, kami bawa la anak-anak keluar tgk wayang.
Adik dalam kereta otw nak g setia city mall, lepas breakfast makan roti canai dengan nasi.. :)

Alkisah dlm panggung plak, adik masa tgh iklan tu ok steady lg layan tgk iklan, start je movie mama tgk dia dah tumbang, nyenyak je tdo atas riba abah...hahahhaaha.. Habis movie elok2 plak dia buka mata, jalan sdiri turun keluar dari panggung..

Kak ngah Aimi, layan elok je tgk, tp muka kelat takut-takut.. Maybe takut dinosaur tu keluar dari skrin kot, cuak je muka dia..sambil tgk sambil makan popcorn..habis sebekas tu.. ok la dorg behave, adik tido, kak ngah duk diam je atas kerusi sorg2.. next boleh bawa lagi..  :)

Cerita ni pun bagus, banyak pelajaran, nilai2 murni, sifat keberanian, yakin diri, kasih syg, persahabatan, sangat baik untuk tontonan anak-anak. :)

Kak Ngah excited, adik muka mencuka je...
Kak Ngah buat-buat tido time cite dah habis, saje je nak suruh abah dukung dia, pandai betul berdrama budak sorg nih...hahaha
Happy dapat belon lepas tgk cerita...mama dah 8 bulan ni..xlarat sangat dah nak berjalan..slow-slow je.. :)

*mengandung kalini banyak kali plak mak buyung ni masuk panggung layan movie.. aduhai..kesian baby terkejut dengar bunyi kuat2..abah dah bawa mama tgk James Bond, STar Wars, dgn The Good Dinosaur time pregnant ni.. Skang mama kemaruk lak nak tgk IP MAN, favourite movie mama, kungfu..ayyooyooo... hahaha

Isnin, 30 November 2015

10 Fakta Menarik Mengenai Bayi Di Dalam Kandungan

  1. Di sekitar usia 3 bulan usia di dalam kandungan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.
  2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
  3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.
  4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.
  5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
  6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.
  7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.
  8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.
  9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagai reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.
  10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.

Jalan-jalan naik Komuter

28 November 2015, Sabtu, 

Dah lama mama dgn abah duk plan nak bawa anak-anak merasa naik public transport, bas atau keretapi dan baru tertunai plan kami ni Sabtu lepas. Tapi sayang kakak dah balik kg, tinggal aimi dan aisha je yang merasa. Naik komuter dari Padang Jawa ke Subang Jaya. Walau cuma xsmpi 15 minit, berada dalam komuter, sekurang-kurangnya mereka dapat merasa.
Sampai di Subang, kami berjalan kaki pula ke shopping mall subang parade kat belakang stesen tu. Mama mengidam nak makan cheese cake secret resepi, abah makan cake durian2,dan kak ngah aimi dapat makan aiskrim. 
Alhamdulillah semua happy cuma kak ngah meragam sekejap sebab x jumpa cari belon bila nampak ada budak lain bawa belon.. Jenuh juga nak pujuk kak ngah, last2 dia cool sdiri lepas berguling2 skejap.. Nampak mainan dlm McD nak main pula time nak balik dah, pujuk lagi last2 dia ok.. Skejap je lepas makan cake dan solat, kami terus balik sebelum hujan ptg2.. 



Jumaat, 20 November 2015

Lima Minit Selepas Kelahiran

Lima Minit Selepas Kelahiran
Proses melahirkan bayi mengambil masa yang lama bagi sesetengah ibu. Keadaan yang sudah tidak bermaya selepas melahirkan bayi membuatkan ibu tidak tahu apa proses seterusnya yang dilakukkan kepada bayi dan diri anda sendiri.
Sebenarnya lima minit sejurus selepas bayi lahir, ada beberapa perkara penting yang dilakukan oleh doktor iaitu
1. Tali pusat bayi dipotong.
2. Doktor akan menunjukkan bayi kepada ibu. Anda boleh menentukan sama ada mahu memegang bayi sebaik dilahirkan atau selepas dia dibersihkan.
3. Anda boleh memilih untuk menerima suntikan untuk mempercepatkan pengeluaran uri dari dalam rahim.
4. Keadaan, pernafasan dan denyutan jantung bayi akan diperiksa dalam tempoh satu minit selepas dia selamat dikeluarkan dan diperiksa sekali lagi lima minit kemudiannya.
5. Selepas uri berjaya dikeluarkan, anda mungkin perlu dijahit jika keadaan perineum memerlukan jahitan.
Mengazan dan mengqamatkan anak
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).”
JOM KITA KONGSIKAN utk PENGETAHUAN BERSAMA
"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala
Sumber : FB page